Saturday, February 19, 2011 | By: PIBG SESTA

AKTIVITI-AKTIVITI PIBG SESTA SESI 2011/2011

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di sepanjang sesi 2010/2011 ialah :

(i) Program Sembelihan Halal (13 November 2010)



Sembelihan dilakukan oleh seorang staf Jabatan Kesihatan, Tapah dengan dibantu oleh pekerja am SESTA dan guru-guru




Aktiviti merewang oleh guru-guru, pelajar-pelajar dan AJK PIBG (ibu bapa) yang turut hadir



(ii) Program penambahan 'telephone booths' di asrama dan kantin SESTA (pada Disember 2010)






Sebanyak 6 buah 'telephone booths' HELO oleh Syarikat PERNEC Sdn. Bhd., telah dipasang iaitu 3 buah di asrama puteri, 2 buah di asrama putera dan sebuah di kantin. Kad telefon dijual oleh AJK PIBG (guru-guru) untuk memberi kemudahan kepada pelajar di samping menambah dana PIBG.




(iii) Pembinaan laman web rasmi SESTA oleh seorang AJK PIBG SESTA (Ibu)


(iv) Melengkapkan kemudahan di surau SESTA melalui usaha mendapatkan sumbangan 100 buah al-Quran dan sebuah jam solat digital oleh seorang AJK PIBG SESTA (Bapa)



(v) Program Menghijaukan SESTA melalui sumbangan anak-anak benih pokok bunga daripada ibu bapa pelajar-pelajar SESTA (bermula dari 10 Februari 2011)


Berkumpul untuk mendengar taklimat daripada guru (AJK PIBG SESTA)




Pelajar-pelajar menanam anak-anak benih pokok bunga di tempat yang telah ditetapkan





Pelajar menanam sendiri anak-anak benih pokok bunga. Ada yang dibantu oleh rakan-rakan.

(vi) Kunjungan pemain bolasepak kebangsaan, Safee bin Sali yang berasal dari Tapah, Perak ke SESTA disambut meriah oleh warga SESTA


Safee Sali bergambar bersama En. Zulkarnain bin Zainal Abidin PPT, Penolong Kanan SESTA



Safee Sali dikelilingi oleh pelajar-pelajar SESTA yang sangat gembira menyambut kunjungannya

0 comments:

Post a Comment