Saturday, June 18, 2011 | By: PIBG SESTA

AKTIVITI-AKTIVITI SESI 2011/2012

1. KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Kursus Pengurusan Jenazah iaitu satu program PIBG SESTA sesi 2010/2011 yang telah ditangguhkan telah berjaya diadakan pada hari Sabtu,18 Jun 2011. Sasaran ialah semua pelajar SESTA. Bagaimanapun, guru-guru dan kakitangan sokongan SESTA turut hadir.Kursus ini meliputi kuliah Subuh dan teori serta amali pengurusan jenazah. Seramai 3 orang penceramah utama telah diundang.

(a) KULIAH SUBUH


Penceramah Kuliah Subuh iaitu al-fadhil Ustaz Asyraf bin Ismail, Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan pengarang majalah Ar-Ridhwan (mengadap kamera dan duduk dua dari kiri) sedang bersarapan pagi bersama AJK PIBG dan guru-guru selepas selesai mengimamkan solat Subuh berjemaah dan menyampaikan kuliah Subuh.


(b) TEORI DAN AMALI PENGURUSAN JENAZAH


(i) Pelajar puteri

Teori dan amali pengurusan jenazah bagi pelajar-pelajar puteri diadakan di surau SESTA. Penceramahnya ialah Ustazah Faaizah binti Ariff dari Bidor, Perak. Beliau dibantu oleh 3 orang sahabatnya yang sangat biasa mengendalikan pengurusan jenazah. Sesi ini dimulakan dengan teori seperti adab-adab menziarahi pesakit, saat menghadapi sakaratul maut, bahan-bahan untuk menguruskan jenazah dan langkah-langkah untuk menguruskan jenazah bermula dari memandikan sehinggalah mengebumikan jenazah.







Penerangan tentang teori














Tunjukcara menyediakan kain kapan









Tunjukcara memandikan jenazah. Model jenazah ialah sukarelawan dari kalangan pelajar.









Tunjukcara mengkapankan jenazah. Model jenazah ialah sukarelawan dari kalangan pelajar.




(ii) Pelajar Putera






Teori dan amali untuk pelajar putera diadakan di dalam dewan SESTA. Penceramah ialah Tn. Hj. Abdul Aziz, imam Masjid Kampung Batu 3, Tapah.





2. MENYEDIAKAN SUDUT PIBG (PIBG CORNER)

Sepertimana yang telah diusulkan oleh seorang ahli PIBG SM SAINS TAPAH (bapa pelajar) supaya Ahli Jawatankuasa PIBG menyediakan sebuah sudut PIBG, maka sebuah papan notis bercermin telah siap ditempah. Sudut PIBG tersebut telah dipasang di Kantin SM Sains Tapah pada bulan Julai 2011.

Semua ahli boleh mendapat serba sedikit maklumat tentang PIBG SM Sains Tapah, maklumat pencapaian akademik anak-anak mereka dan serba sedikit maklumat Hal Ehwal Murid (HEM). Tidak semua maklumat dapat dipamerkan di papan notis berkenaan lantaran ruang yang terhad dan kerahsiaan maklumat-maklumat tertentu.Maka, semua ahli adalah dialu-alukan untuk melawat Blog PIBG SM Sains Tapah ini yang mengandungi lebih banyak maklumat terkini.








3. MEMBINA RUMAH WAKAF

Jika semua ahli masih ingat semasa Mesyuarat Agung PIBG SM Sains Tapah Kali Pertama dahulu, kita telah menjemput YB Dato' Hj. Samsudin bin Hj. Abu Hassan iaitu ADUN Ayer Kuning untuk merasmikan penutupan mesyuarat berkenaan. Bagaimanapun, disebabkan YB Dato' terpaksa menghadiri satu program penting lain di luar negara, maka YB Dato' telah meminta En. Isham untuk menggantikan beliau. Satu berita yang menggembirakan telah disampaikan oleh YB Dato' Hj. Samsudin melalui En. Isham iaitu sumbangan wang untuk pembinaan sebuah rumah wakaf.


Maka pada Oktober 2011,sebuah rumah wakaf telah siap dibina di belakang Pusat Sumber SM Sains Tapah setelah sumbangan RM5,000.00 daripada YB Dato' Hj. Samsudin diterima. Kos keseluruhan untuk membina rumah wakaf tersebut ialah RM6,200.00. Baki RM1,200.00 dibiayai oleh PIBG SM Sains Tapah. Ahli Jawatankuasa PIBG SM Sains Tapah sesi 2011/2012 dan pihak pentadbir sekolah ini berasa sangat gembira kerana rumah wakaf tersebut digunakan oleh para ibu bapa untuk bertemu dengan anak-anak mereka hampir setiap minggu. Diharapkan pada masa akan datang, lebih banyak lagi rumah wakaf dapat dibina demi untuk keselesaan para ibu bapa sekolah ini.





4. PEMBELIAN PERALATAN SIARAYA

Jika tuan/puan yang hadir ke Kejohanan Sukan Tahunan kali pertama pada Jun 2011 masih ingat yang pihak sekolah dengan bantuan NYDP PIBG telah menjemput Ahli Parlimen Tapah, YB Dr. Mah Hang Soon untuk merasmikannya. Alhamdulillah, sasaran kita untuk mendapat sumbangan daripada beliau telah berjaya. Beliau telah berjanji untuk menyumbang sebanyak RM3,000.00 dalam bentuk waran melalui Pajabat Daerah Tapah.

Sumbangan telah diterima pada November 2011. Hasil sumbangan tersebut telah dibelanjakan untuk membeli set peralatan siaraya yang sangat sesuai digunakan di kebanyakan majlis terutama di padang. Jika tuan/puan masih ingat, semasa kejohanan sukan tersebut, terdapat masalah peralatan siaraya yang sangat ketara sehinggakan para pelajar yang berehat di bawah khemah yang agak jauh sedikit dari astaka tidak dapat mendengar dengan jelas butiran maklumat yang disampaikan oleh pengacara majlis. Kini, masalah tersebut telah selesai. Pengumuman di astaka boleh didengari hingga keluar kawasan padang sekolah.




5. PEMASANGAN PERALATAN SIARAYA DI ASRAMA

AJK PIBG SM Sains Tapah prihatin dengan keluhan para ibu bapa dan penjaga. Set peralatan siaraya termasuk sebuah 'amplifier' baru telah dibeli dan dipasang. Diharapkan urusan membuat pengumuman untuk memanggil anak-anak ketika melawat di hujung minggu tidak lagi menjadi masalah.






Pembesar suara di asrama puteri.










Pembesar suara di asrama putera.

0 comments:

Post a Comment