Monday, April 18, 2011 | By: PIBG SESTA

SECANGKIR NASIHAT UNTUK ANAK-ANAK DIDIK SESTA















Saudara Azrool, menerima ijazah doktor falsafah ketika berusia 29 tahun.






"Gerbang Ilmu Saidina Ali r.a."

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda di hadapan para sahabat, kata baginda “Aku adalah kota ilmu, sedang Ali adalah pintu gerbangnya”.

Semasa zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, golongan Khawarij meragui kearifan Saidina Ali, justeru 10 orang telah bersemuka dengan Saidina Ali bertanyakan 10 soalan yang sama kepada beliau. “Hai Saidina Ali, yang mana lebih utama, ilmu dengan harta?” Tanya orang pertama. Jawab Saidina Ali “Ilmu lebih utama dari harta, ilmu adalah pusaka para nabi, sedang harta adalah pusaka Qarun, Sadad dan Firaun”

Bertanya orang kedua kepada Saidina Ali dengan soalan yang sama. Jawab Saidina Ali “Ilmu lebih utama dari harta, ilmu itu menjagamu tetapi harta engkau harus menjaganya”.

Jawapan Saidina Ali kepada orang ketiga “Harta itu jika engkau tasarrufkan (berikan) menjadi berkurang, sebaliknya ilmu engkau jika engkau tasarrufkan malah bertambah”.

Jawapan keempat “Pemilik harta disebut dengan nama bakhil dan buruk, tetapi pemilik ilmu disebut dengan nama keagungan dan kemulian”.

Jawapan kelima pula “Pemilik harta itu musuhnya banyak, sedangkan pemilik ilmu temannya banyak”

Jawapan keenam “Ilmu lebih utama daripada harta kerana harta harus dijaga dari pencuri sedangkan ilmu tidak perlu”

Jawapan ketujuh “Ilmu lebih utama dari harta kerana di akhirat nanti pemilik harta akan dihisab, sedangkan orang berilmu akan memperoleh syafa’at”.

Jawapan kelapan “Harta akan hancur ditelan timbunan zaman, tetapi ilmu tidak akan rosak dan musnah ditimbun zaman”.

Jawapan kesembilan “Harta membuat hati seseorang menjadi keras, sedang ilmu membuat hati menjadi bercahaya”.

Jawapan kesepuluh dari Saidina Ali “Pemilik harta dapat mengaku menjadi Tuhan akibat harta yang dimilikinya, sedang orang yang berilmu justeru mengaku sebagai hamba kerana ilmunya”.

Kemudian Saidina Ali menjelaskan kepada kesepuluh golongan tersebut, katanya “Jika kamu menanyakan lagi tentang hal itu, akan aku jawab dengan jawapan yang berbeza-beza selama aku masih hidup”...


0 comments:

Post a Comment