Tuesday, March 26, 2013 | By: PIBG SESTA

MESYUARAT AGUNG PIBG SESTA KALI KETIGA

Semua ibu bapa /penjaga kepada pelajar-pelajar SESTA dijemput hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ketiga :

Tarikh : 31 Mac 2013 (Ahad)
Masa  :  2. 00 petang
Tempat : Dewan SESTA

Semoga kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi mesyuarat kali ini.

ATURCARA MESYUARAT :

2.00 p.m. : Pendaftaran ahli
2.30 p.m. : Mesyuarat dimulakan
i) Pembacaan doa
ii) Ucapan aluan Yang DiPertua PIBG sesi 2012/2013
iii) Ucapan aluan Penasihat PIBG
iv) Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG kali kedua
v) Membentang dan menerima Laporan Aktiviti PIBG sesi 2012/2013 dan pembentangan program akademik
vi) Membentang dan menerima Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2012
vii) Membubarkan Jawatankuasa PIBG sesi 2012/2013
viii) Melantik Pengerusi Mesyuarat sementara
ix) Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG dan juruaudit dalaman PIBG bagi sesi 2013/2014
x) Membentang dan membahaskan usul/usul-usul (jika ada)
xi) Hal-hal lain

4.20 p.m. : Ucapan penangguhan

4.30 p.m. : Perasmian penutup

1 comments:

Unknown said...

Assalammualaikum, saya azmi bin Abdullah ibu bapa kpd salah seorang pelajar SESTA tahun ini. Anak saya berada di tingkatan 3. Hari ini saya telah melawat anak saya dan menumpang solat zohor disurau asrama. Amat mendukacitakan sekali apabila saya memasuki bilik air lelaki, didapati JAMBAN tersumbat dengan najis dan air melimpah sampai keluar ketas. Saya terus menghubunghi En Zulkarnain dan bertanya tentang masalah itu dan saya dimaklumkan bahawa pehak sekolah telah pun berhubung dgn JKR dan mereka belum lagi mengambil sebarang tindakan. Jadi saya rasa pehak PIBG pula kena memainkan peranan untuk menghubungi JKR bagi mengatasi masalah ini. Kalau perkara ini berlarutan saya kuatiri perkara yang lain dan tidak diingini akan berlaku pula.

Post a Comment